Kepentingan sungai Sungai_Semenyih

Sungai Semenyih menjadi nadi ekonomi pertanian dan perlombongan. Suatu ketika sungai ini menjadi jalan perhubungan yang penting ketika banyaknya lombong bijih timah. Air dari sungai ini digunakan untuk membersihkan bijih timah yang menggunakan teknik lombong palung. Terdapat juga 2 buah kapal korek di hadapan Sekolah Rendah Hulu Semenyih sekitar tahun 1948-1960.

Sungai Semenyih juga menyuburkan tanah sekitarnya. Tanah jenis laterit berwarna merah sangat sesuai untuk pokok getah dan kelapa sawit serta buah-buahan. Beberapa ladang diwujudkan pada zaman British seperti Ladang Sydney, Ladang Dunedin, Ladang Semenyih, Ladang Kajang, Ladang Sungai Purun, Ladang Glenworie, Ladang Dominion, Ladang Broome dan lain-lain. Pekerja dan manager ladang tinggal di dalam ladang yang lengkap dengan bekalan air, elektrik ,jalan raya, kuil , sekolah rendah dan gereja.

Hulu Sungai Semenyih dikira sesuai dibina tapak pembuangan sampah, insenarator , kawasan perindustrian seperti kilang bateri dan kilang perabot, kubur , penjara dan pusat tahanan imigresen. Kawasan perkuburan Nirwana terletak berhampiran Kampung Sungai Pening, Kampung Pasir dan Ladang Dominion. Di sini juga dibina kilang insenarator untuk memproses sampah. Ladang ayam dan babi serta tapak pelupusan sampah terdapat di Jalan Broga. Nasib baiklah Universiti Nottingham dibina di sebelah Taman Tasik Semenyih. Projek raksasa insenarator dibatalkan. Ladang babi haram telah dibersihkn secara beransur-ansur. Tapak pelupusan sampah di Sungai Kembung juga dihentikan kerana adanya Semenyih Intake di kuala Sungai Semenyih, berhampiran dengan Jenderam.